Makam Sultan Alauddin Riayat Syah

Raja Hussain atau Sultan Alauddin Riayat Shah merupakan sultan Melaka yang ketujuh. Baginda menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya, Sultan Mansur Shah pada tahun 1477. Baginda merupakan sultan yang sangat mementingkan keamanan negeri Melaka. Baginda dan Hang Isap akan menyamar sebagai rakyat biasa dan meronda kota Melaka pada waktu malam. Hal ini demikian kerana telah berlaku huru- hara yang mengatakan negeri Melaka berlaku kecurian di kalangan rakyat. Oleh itu, merek berjaya menemukan pencuri tersebut lalu diusir dan dibunuh oleh titah Baginda dari negeri Melaka. Hasilnya, Melaka menjadi negeri yang selamat untuk berdagang. Baginda juga adalah seorang sultan yang adil dan warak.

Walaubagaimanapun, kedudukan baginda telah dicabar oleh kekandanya, iaitu Raja Muhammmad (pemerintah negeri Pahang, sebuah wilayah di bawah pemerintahan Melaka), kerana Raja Muhammad mendakwa bahawa beliau berhak menduduki takhta kerajaan Melaka. Sultan Alauddin mempunyai banyak musuh, sama ada di dalam atau di luar negeri.. Baginda mempunyai empat anak iaitu dua anak daripada setiap isterinya dan ini telah menimbulkan perselisihan tentang siapa yang akan mewarisi takhtanya selepas kemangkatannya. Isteri kedua Sultan Alauddin berketurunan India-Muslim.



Bendahara Melaka ketika zaman baginda ialah Tun Perak. Baginda mangkat pada tahun 1488 semasa berumur 30 tahun dan digantikan oleh puteranya, Raja Mahmud.

You Might Also Like

0 comments

.

.

.